![]() |
| Am Nass dan Giovanni Francesco |
Mandy(2018)
Kisah seorang gadis yang bernama Amanda Sweetheart yang meminati semua karya dan buku seorang penulis dan penyair iaitu Am Nass.Amanda ialah seorang gadis periang yang meminati bidang fotografi.Malangnya, gadis ini ialah penghidap leukemia peringkat terakhir.Amanda ialah seorang pejuang dan dia tidak pernah berputus asa. Dia mempunyai sebuah impian terakhir iaitu memiliki sebuah buku dan dia berharap penulis Am Nass dapat menggunakan foto yang diambilnya untuk digabungkan bersama dengan puisi yang dikarang oleh Am Nass untuk dimuatkan dalam sebuah buku puisi fotografi.Namun, hasratnya pada mulanya tidak diketahui oleh penulis itu.Bagaimanakah Amanda yang berada di Malaysia dapat memenuhi impiannya? Dapatkah Am Nass yang berada di Venice, Itali memenuhi hasrat terakhir Amanda melalui bantuan Giovanni Francesco iaitu peguam dan pembantu peribadinya?Nantikan kisah Mandy (2018) esok...

0 comments:
Post a Comment